Ditambahkan | 14.30 |
Kategori | Artikel |
Harga | @ Susu Kambing: Adakah Anda Tahu? , Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam. ... |
Share | |
Hubungi Kami | |
CARA BELI |
Review Susu Kambing: Adakah Anda Tahu?
@
Susu Kambing: Adakah Anda Tahu?, Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Segala puji
bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam. Yang memerintah hari
pembalasan (akhirat). Engkau tuhan yang ku sembah dan tuhan tempat aku
mohon pertolongan. Tunjukkan aku jalan yang lurus. Jalan yang telah
engkau berikan kepada mereka (orang-orang yang beriman dan beramal
soleh). Dan bukan jalan orang-orang yang sesat (Kristian) dan jalan
orang-orang yang engkau murkai (yahudi)... Amin.
Assalamua'laikum.
Kepada
para sahabatku sekelian, pada kesempatan ini ingin saya kongsikan
sesuatu perkara yang mungkin sudah ramai yang telah mengetahuinya dan
mungkin ada juga belum mengetahuinya iaitu khasiat susu kambing – satu
sunnah yang semakin dilupakan.
Sabda Rasullah SAW, " Tidak ada
seorang nabi pun yang tidak terkecuali terlibat di dalam pengembalaan
kambing". Kemudian bertanya sabahat, apakah tuan juga pengembala
kambing? jawab Rasullah, "Ya.saya juga pengembala kambing untuk penduduk
Mekah".
Kongsikan kepada kami produk anda, lokasi perniagaan, dan kehebatan tentang produk anda! Mari daftar di http://direktori.iluvislam.com sekarang! Serendah RM5 Sebulan* Promosi RM50 selama setahun! (Sah sehingga 30 Jun 2011).
Kenapakah
kambing menjadi pilihan Allah untuk disebut didalam Al-quran. Ini
adalah kerana,kesukaran mengembala kambing agar sentiasa duduk di dalam
jemaah merupakan satu ujian Allah untuk melatih para nabi tentang erti
kesabaran. Seperti yang anda semua tahu menternak kambing bukanlah mudah
dan perlukan kesabaran yang tinggi. Oleh itu, jika seorang nabi yang
bakal menjadi nabi lulus dalam ujian berkenaan, maka Baginda mampu untuk
mendidik umatnya yang mempunyai pelbagai ragam.
Jika kita lihat,
susu kambing sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan. Ia mempunyai
enzim-enzim yang penting untuk manusia serta mengandungi pelbagai jenis
vitamin, protein yang boleh menjadi ubat bagi penyakit-penyakit seperti
allergik, radang sendi dan lain-lain malah, ia juga amat sesuai untuk
diamalkan oleh warga emas. Disamping itu, susu kambing juga begitu
khasiat kepada bayi yang terkena penyakit kuning dan dapat
mempercepatkan proses penyembuhan dengan izin Allah.
Bagi
penghidap penyakit insomnia (susah tidur malam) pula,amalan meminum
segelas susu kambing panas sebelum tidur merupakan amalan Rasulullah
yang menyebabkan nabi mudah tidur dan mudah juga berjaga untuk
bersembahyang malam.
Sabda Rasullah SAW, "Peliharalah kambing
kerana padanya terdapat keberkatan". Menurut fakta sainstifik, susu
kambing mempunyai khasiat yang dapat memanaskan tubuh badan. Apabila
seorang kanak-kanak itu meminumnya, badannya akan menjadi suam dan
toksik-toksik di dalam badannya akan keluar bersama air besar dan akan
menyebabkan kanak-kanak berkenaan membesar dengan sihat.
Pada
asasnya, susu berperanan memberi kekuatan tubuh badan kepada bayi dan
dapat meningkat daya IQ seorang bayi. Ini adalah kerana ketika bayi
berada di dalam tempoh penyusuan, otak dan minda bayi sedang berkembang
dengan pesat. Ketika itulah bayi dikatakan sangat memerlukan protein
dan badannya memerlukan antibodi yang banyak.
Pakar- pakar
pemakanan sedunia telah bersetuju bahawa komposisi susu ibu dengan susu
kambing hampir sama antara kedua-duanya. Susu kambing mengandungi 3.1%
lemaknya, sama dengan peratus lemak susu ibu. Dari segi protein nya
pula susu kambing mengandungi 3.7% dan peratusan ini juga sama dengan
peratusan protein yang dapat di estrak daripada susu ibu. Kerana itulah,
pada zaman Nabi S.A.W, susu kambing menjadi alternatif kepada ibu
ketika mana ibu tidak dapat menyusukan anak atas sebab-sebab yang tidak
boleh dielakkan. Sebab itulah, amalan meminum susu kambing ini amatlah
digalakkan kerana ia mempunyai hikmah yang cukup besar dan berpontesi
melahirkan anak yang SUPER (yang hebat, cerdik ,cerdas, dan IQ yang
tinggi). Pada zaman ini, amalan ini sudah kurang kita lakukan sebabnya
kita semakin jauh meninggalkan sunnah ini.
Bagi orang dewasa,
manfaat susu kambing adalah amat banyak untuk dirungkaikan. Antaranya
susu kambing ini bersifat pelawas dan amat berguna untuk memudahkan
proses penghadaman , ia juga dapat merawat penyakit sembelit dengan
segera.
Menurut "Kitabul-alttaimah" menerusi hadis yang
diriwayatkan oleh Iman Muslim, telah disebut secara jelas bahawa minuman
yang paling disukai oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah susu kambing dan
menjadi sunnah bagi kita yang mencintai Rasullah s.a.w menjadikan amalan
meminum susu kambing sebagai minuman harian kita yang sihat lagi
berpahala (kerana mengikut sunnah).
Dalam hadis lain, Nabi
Muhammad S.A W bersabda bahawa "Hendaklah kamu berpegang kepada kambing
(mengambil manfaat daripada kambing: iaitu daging, bulu, kulit dan
susunya) kerana itu ialah kenderaan mu didalam syurga". Dalam sepotong
hadis yang lain ada menyatakan Nabi Muhammad s.a.w sangat suka meminum
susu kambing yang mentah (belum dimasak).
Dalam al-quran ada
disebut "Dif'un Mamanafiq" yang bermaksud memanaskan. Sebab itulah
molekul-molekul susu kambing ini tidak akan hilang walaupun kita
menyejukkannya kerana ia mengandungi kalori yang tinggi. Apabila
kalorinya tinggi, ia dapat membekalkan tenaga yang banyak kepada badan
serta memanaskan darah. Sebab itulah Nabi s.a.w sangat suka meminum susu
kambing kerana Baginda tahu akan kelebihannya.
Disamping itu,
susu kambing juga membekalkan kekuatan tenaga batin kepada kaum lelaki
dan kaum perempuan. Mungkin ini dapat menyelesaikan masalah mereka yang
belum mempunyai anak atau bagi mereka yang berhasrat untuk meramaikan
lagi bilangan anak. InsyaAllah dengan mengamalkan amalan meminum susu
kambing, kita akan peroleh kesejahteraan, selain melahirkan
zuriat-zuriat yang baik , cerdik dan pintar.
Jika sesuatu itu
merupakan sunnah Nabi, pasti ada hikmat disebaliknya, seperti
digambarkan bahawa, Nabi tidak bercakap mengikut hawa nafsu nya tetapi
baginda sentiasa melakukan sesuatu berlandaskan kepada wahyu allah
semata-mata.
Itulah keindahan Islam. Cuma sekadar susu kambing
yang biasa namun mempunyai banyak manfaat dan kebaikan yang dapat
diperolehi daripadanya, itulah kuasa Allah s.w.t, Yang Maha menjadikan
sesuatu penuh dengan hikmah dan tidak pernah terlintas di akal fikiran.
Wallahualam.
Sumber imej : Google Image
ISN, 20 JUN 2011 14:49 | MOHD FAUZAN | FIRA FAHM
-Artikel Iluvislam.com