Ditambahkan | 17.00 |
Kategori | Artikel |
Harga | @ Khasiat Dan Kebaikan Kopi , kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minu... |
Share | |
Hubungi Kami | |
CARA BELI |
Review Khasiat Dan Kebaikan Kopi
@
Khasiat Dan Kebaikan Kopi, kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhamad selepas madu dan susu. Cuba lihat Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.
Khasiat Dan Kebaikan Kopi, kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhamad selepas madu dan susu. Cuba lihat Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.
Kajian
mendapati lebih dari 400 million cawan kopi diambil setiap tahun,
menjadikannya sebagai minuman yang paling popular di dunia. Di US sahaja
misalnya, 107 juta orang (52% daripada jumlah penduduk) meminum kopi
secara rutin harian. 57 juta yang lain meminum kopi beberapa kali setiap
minggu. Mari kita lihat kebaikan kopi:
1-Kandungan kafein dalam kopi
Kopi
selama ini dianggap sebagai minuman untuk menambah tenaga dan
menyegarkan orang mengantuk. Benarkah kopi sehebat itu? Kandungan utama
kopi ialah kafein, ianya berfungsi sebagai perangsang susunan saraf
otak, sistem pernafasan serta sistem pembuluh darah dan jantung. Sebab
itu tidak hairanlah setiap pengambilan kopi dalam jumlah wajar, tubuh
kita akan menjadi segar, daya pemikiran lebih cepat dan tidak mudah
mengantuk. Kandungan kafein dalam 200 gram kopi mencecah 135 mg,
berbanding teh yang hanya sekitar 35 mg. Kafein sering kali juga
dijadikan salah satu bahan pelengkap pada ubat sakit kepala. Ini kerana,
kafein mempunyai kemampuan menyempitkan pembuluh darah ke otak
(vasokonstriksi) sehingga pelebaran pembuluh darah di daerah otak yang
merupakan penyebab kepada sakit kepala.
Selain itu, kafein juga
dapat mengurangkan lemak. Secara fisiologi, tubuh orang yang mengalami
kegemukan kurang mampu membakar lemak ketika bersenam berbanding orang
bertubuh normal. Akibatnya, tubuh akan membakar karbohidrat sebagai
sumber tenaga, sehingga kadar gula darah menurun. Ini adalah penyebab
mengapa orang gemuk merasa lapar kembali selepas bersenam dan akhirnya
cenderung makan lebih banyak. Kafein membantu memecah lemak menjadi
sumber tenaga segera. Tetapi awas! Pastikan kandungan gula didalam kopi
tidak terlalu banyak.
2-Kopi bergula meningkatkan prestasi otak
Kajian
di Barcelona, Sepanyol menunjukkan bahawa secawan kopi yang bergula
boleh meningkatkan prestasi otak. Saintis di Universiti Barcelona di
sini mendapati pengambilan kafeina dan gula serentak dapat meningkatkan
prestasi otak seperti daya ingatan. Hasil kajian itu diperoleh dari 40
sukarelawan yang diuji dengan pengambilan kopi bergula, kopi tanpa gula
dan air masak. Kopi manis merupakan cara terbaik untuk otak bagi
menghadapi cabaran pekerjaan. Menurut Jurnal Human Psychopharmacology,
Clinical and Experimental telah menyiarkan hasil kajian saintis
tersebut.
3-Kandungan Antioksida dalam kopi
Antioksida yang
dimiliki kopi berfungsi seperti ‘tentera’ yang menjadi perisai tubuh
daripada radikal bebas. Kita Mungkin sedia maklum bahawa antioksida
sangat baik untuk kesihatan.
Salah satu hasil kajian yang
dijalankan lima tahun lalu mendedahkan pengambilan kopi menawarkan
manfaat kepada pesakit parkinson dan diabetes jenis II. Malah kajian
oleh penyelidik di Sekolah Kesihatan Awam Harvard turut menyenaraikan
fakta tentang kopi dapat melindungi seseorang daripada masalah
penuaan..!! Faktor tersebut didorong oleh beberapa faktor terutamanya
kandungan kafein di dalam kopi, selain fungsi antioksida yang tinggi
dalam bijian ini.
Selain itu, hasil kajian kerjesama dari beberapa
pusat penyelidikan seperti Universiti Scranton, Universiti Athens dan
Universiti Keio, Tokyo merumuskan kopi berupaya mengurangkan tekanan
darah tinggi dan mengurangkan risiko kanser, sakit jantung dan strok.
Profesor
kimia dari Texas, Dr. Joe Vinson pula menjelaskan,“Manusia terdedah
kepada radikal bebas daripada oksigen yang kita sedut, gula dan
sebagainya sehingga mengundang pelbagai penyakit kronik. “Secawan kopi
setiap hari sudah cukup. Ia adalah satu jumlah yang sudah optimum untuk
memberi manfaat kepada jantung,” katanya yang turut mengakui terdapat
kajian yang menyatakan kopi baik untuk kesuburan lelaki, selain
menggalakkan sperma berenang lebih aktif. Namun, katanya, dalam beberapa
penelitian, kopi tidak digalakkan diambil oleh kalangan wanita
mengandung dalam kuantiti yang besar. “Hospital Christchurch, New
Zealand, menyatakan wanita hamil yang mengambil kopi terlalu kerap
melahirkan bayi yang sukar bernafas ketika dilahirkan. “Manakala, kajian
dari Institut Karolinska, Sweden, menyatakan wanita yang mengambil 100
mg kafein sehari mudah berisiko mengalami keguguran,” kata Vinson.