Ditambahkan | 15.30 |
Kategori | Artikel |
Harga | @ Fakta Menarik Minuman Coke , Bagi korang yang suka sangat dengan minuman ini, lihatlah kegunaan lain dari minuman ini.... Fakta sepe... |
Share | |
Hubungi Kami | |
CARA BELI |
Review Fakta Menarik Minuman Coke
@
Fakta Menarik Minuman Coke, Bagi korang yang suka sangat dengan minuman ini, lihatlah kegunaan lain dari minuman ini....
Fakta
seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh
ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari
seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.
Di USA,
kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk
menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan.
Alaa.., macam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba
tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka gunakannya?
Korang di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :
1.
Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau
hilang sama sekali dalam masa 48 jam. Elok untuk yang berniaga sup
tulang!
2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam
tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan
kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam
Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa
buat sabun badan boleh tak?
3. Untuk menghilangkan kesan karat
dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang
dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!
4. Untuk menghilangkan
kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuangkan
sahaja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
6.
Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin
Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa.
Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi
berperisa coke.
7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ?
Celup tuala dengan Coke dan lap. Mesti bersih. Tak payah guna tin sembur
cuci cermin kerana ianya mahal!
Bahan aktif Coke adalah
phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku
dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!
Asid
tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam
badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.
Sila
lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori
yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda
amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki
itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu
dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki
yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus dua
sebab hakisan/karat. Hehe...
Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun.
Kandungan
gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh
dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi
tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!.
Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak
terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum
tidak berapa manis. Lidah dengan otak pun kena tipu. Semua minuman
ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho,
Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! (Macam Keluarga 69).
Coke
membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk
meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh.
Macam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak
dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang jadinya perkataan Coca
Cola tu.
Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak
rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti
gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara
ni, kot-kot gigi tu bleh hilang! haha...
Di India, negeri Andhra
Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan
Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang
kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam
pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu
rasa pedas-pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!
Syarikat Coke
dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola.
Betul ker? Yang pernah pi Mekah boleh confirm kot?
Jadi,
sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci
cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga
dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika
bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda
boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Terkejut dengan fakta yang
menarik ini?
Satu lagi simptom terbaru bila korang minum coke
ialah korang akan mengeluarkan bunyi brrrrr... secara tiba-tiba sambil
badan menggeletar.